Pages

Promise

jika difikir-fikirkan aku tak boleh sesuka hati untuk membuat janji-janji yang baru sebab aku masih punyai janji yang belum aku tunaikan. Janji itu pasti, laksanakanya boleh , masanya dijangkakan ada, tapi umurnya belum tentu dapat aku tunaikan. Jika sudah tersurat benda tu berlaku dengan cepat maka cepatlah akan berlaku , tapi kalau lambat maka lambatlah. Apa ang penting selagi diizinkan untuk menunaikan janji akan aku usahakan. Aku tak mahu memandang remeh walaupun perkara itu kecil dan aku tak mahu memandang telalu tinggi terhadap perkara yang besar kerana aku hanya mampu membuat sesuatu perkara dengan kesederharnaan. Aku tak berani untuk berjanji setinggi langit mahupun sedalam lautan apa yang aku janjikan semuanya atas kemampuan diri aku sendiri . Jika difikirkan masa , memang secara peribadinya aku memang tidak berani untuk berjanji walaupun sekecil zarah . Sebenarnya Janji yang aku Janjikan sebagai cabang penerusan kehidupan , Maafkanlah jika aku mungkiri segala janji yang aku ucapkan jika kehidupan aku tamat ditengah perjalanan kehidupan.