Pages

TARIKH LAHIR ANDA???


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5,
6

Sukan Bola Sepak Malaysia

SIKAP terlalu menghormati kehebatan Jepun mencetuskan rasa gementar skuad Olimpik negara hingga mereka gagal mempamerkan aksi sebenar ketika tumpas 0-2 pada perlawanan pertama Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik London di Stadium Tosu, Rabu lalu.


Menurut tonggak pertahanan tengah negara, Mohd Muslim Ahmad, permainan mereka terjejas khususnya pada babak pertama permainan sehinggakan mereka tertekan dengan asakan bertali arus pasukan tuan rumah.
“Jepun pasukan yang hebat tapi kita tak boleh terlampau menghormati mereka, sebab itu pemain-pemain agak takut-takut pada separuh masa pertama. Tapi kami bermain lebih baik pada babak kedua selepas mendapat teguran daripada jurulatih (Ong Kim Swee).
“Kami sudah mencuba yang terbaik untuk memberi tentangan kepada Jepun tapi memang tak ada rezeki apabila kalah 2-0. Tapi masih ada perlawanan timbal balik dengan Jepun selepas ini jadi kami masih ada peluang untuk menebus kesilapan,” katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Fukuoka kelmarin.
Pada perlawanan itu, skuad bawah 22 tahun negara yang dibimbing Kim Swee tumpas menerusi jaringan setiap babak Keigo Higashi dan Ryohei Yamazaki biarpun berhempas pulas bertahan sejak wisel permulaan dibunyikan.
Muslim, pemain Harimau Muda A yang kini berusia 22 tahun bagaimanapun berpuas hati dengan prestasinya selepas dikritik hebat ketika skuad kebangsaan tumpas 3-5 di tangan Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu.
“Saya sudah dapat rentak semula pada perlawanan semalam (kelmarin), memang sebelum ini ramai yang meragui kemampuan saya apabila kalah teruk dengan Singapura. Tapi saya sudah berjaya mendapat motivasi diri dan yakin mampu memberikan aksi lebih baik selepas ini,” katanya yang semakin membentuk persefahaman jitu di bahagian pertahanan tengah bersama Mohamad Fadhli Shas.
Kekalahan di tangan pasukan pilihan Jepun itu meletakkan Malaysia di tangga terakhir Kumpulan C. Syria yang menewaskan Bahrain 3-1 menerajui tangga teratas kumpulan dengan tiga mata diikuti Jepun dan Bahrain.
Skuad Olimpik negara bakal berdepan Syria 23 atau 24 November ini diikuti Bahrain pada 27 November di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Malaysia beraksi buat kali pertama di Sukan Olimpik Munich 1972 dan kemudian layak beraksi sekali lagi di Moscow pada 1980 namun tidak mengambil bahagian kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. C/p Metro Sabtu



Islamic PIB

Orang islam kini lemah dengan akidah,
Orang islam kini lemah dengan iman,
orang islam kini ramai yang murtad,
orang islam kini kurang dengan pengetahuan islam, 
orang islam kini dipijak dengan orang bukan islam,

Tapi mangapa ini semua harus berlaku?
Tapi mengapa ini semua tidak di bendung?
Tapi mengapa mereka kurang pengetahuan islam?
Tapi mengapa mereka Murtad?

sebagai umat islam yang cinta kepada agama islam,
rasa agak kecewa, dengan semua yang berlaku,
walaupun kurang pengetahuan tentang islam 
kurang dengan amal ibadah,
tapi masih bersyukur kerana Allah masih memberi taufiqh dan hidayah , jika di renung-renungkan agama islam adalah agama yang amat sempurna, cuma bagi mereka yang mahukan kebebasan di dunia berfikiran sebaliknya, disebabkan berfikiran tersebut ramai orang islam terpesong dengan ajaran-ajaran sesat. Jadi kita yang masih di beri Taufiqh dan hidayah, kita perlu sedar, kita perlu berhati-hati agar kita tak terpesong dengan ajaran-ajaran sesat !
  PIB(Persatuan islam bersatu) anti murtad love islam Forever and Ever.




Erti Persahabatan

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan… 
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajaibpan tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan 
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang 
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..
zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah.. 
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan… 
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…
                                                                                                             
by: MOHD SAFWAN ALIF.


Cinta Langit Dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Warna-Warna alam



Apa ada Pada warna biru air laut?
-Indahnya warna biru, rasa tenang dan harmoni,Tapi tak selalu warna biru, indah,tenang dan harmoni, kadang-kadang Warna Biru jadi deras juga.












Apa ada Pada warna Merah pula?
-Kebanyakkan warna merah, menunjukan Perasaan cinta seseorang pada kekasihnya, kadang-kadang merah juga menunjukan kegagahan, tapi tak semua merah menunjukan hati seseorang penyayang.. Merah juga menunjukan keganasan, Marah, dan Geram.




                                               Apa ada Pada warna hijau pula?
-Hijau menunjukan semangat Berwibawa seseorang dalam sesuatu kerja, hijau juga pemberi Ilham didalam satu karya,hijau juga menunjukan keindahan alam semulajadi, Tapi hijau juga menunjukan sifat yang kurang sisitematik yang ada pada diri seseorang,dan kadang-kadang hijau juga menunjukan sifat pengotor seseorang.


Cinta Al-Raudhah

CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud: "Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita 'salihah' supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: "Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik." (Surah al-Imran, ayat 14)

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: "Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan."

Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu." (Hadis riwayat Tabrani)

Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah Al Isra', ayat 32)

Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita

Salahkah Aku?

Mendung di Langit tidaklah sehabat 
mendung di hatiku ketika ini 
Lebat hujan di luar sana 
Tidaklah sehebat Tangisan
di jiwaku ini
Pernahkah kau cuba mengerti
perasaan yang bergelumang di sanubari


Aku cuba menghamparkan permaidani hati
Pada yang sudi mengerti dan menghargai
Ternyata persinggahan yang diberi
hanyalah sementara
Setelah dihampiri aku ditinggalkan pergi


Salahkah aku  meminta
Secebis rasa kasih dan sayang
Dalam setiap pernantian


Beribu
kesetiaan dan
kejujuran dihancurkan
hingga tak
berpenghujung


Namun akhirnya
Aku ditnggalkan
Tanpa kata dan berita
bagai tekapai di tengah lautan

Perasaan ini

Aku x taw mengapa.?? hati ku kian merasa aku tdak diperlukan lagi,,
mengkin ini dinamakn kehidupan, hanya duniawi,  titisan air mata yg dititiskan adlah,
air mata terpendam, dari hati ke mata, ..benar kesabaran itu penting, kerana aku tiada tempat mengadu lagi,
xsanggup ku kenangkan semua telah nyata telah hilang, hati ku menjadi luluh, cerita hanya tinggal cerita,
kenangan hanya tinggal kenagan, tiada ap yg boleh diukiri kini, hnya cerita semalam, boleh dikenang..

^?<>?{}<>?^**)(!~&^

Hari ini aku memang belum mengenali apa itu erti CINTA,
memang mudah untuk meluahkan kata-kata CINTA,
pernah aku katakan aku CINTA pada seseorng,,
tp bila aku renung kembali aku bukan CINTA pd nya, tp aku hanya suka pd  nya,,
aku belum pernah bertemu CINTA pandng pertama lagi,
aku perlu mengtahui tentng peribahasi ni"tak kenal maka x CINTA"..
kadng-kadang aku rasa malu dpn sahabt bila mereka bertanyakn begini"mcm mana awek ko?"
aku x tahu nak ckp apa, sbb dah selalu sgt, mereka bertanya,
aku pun jarang msge dgn  mana2 perempuan, time penting baru aku msge itupun jike tiade jln lain..
pernah juga dulu slalu msge dgn 1 prmpuan tp tu awek member aku,,
sudah lama aku bersahabat baik, aku think kembali sebelum apa-apa yg berlaku baik aku jauhkn diri dari mereka, aku xmahu mgambil tahu tentang mereka lagi, sbb makin hari persaan kian berputik,
tp xmngapa "yg sudah bahgia biarkn bhgia", "jgn biarkan ku jd tembok pemisah mereka".
mungkin aku xlayak menerima semua itu, huhu~! ^( 
memang segan member awek dua tiga, ade couple ,scndel, cikaro,
yg aku nih hapa pon x boleh,, (belum ada jodoh lg kot)
mungkin ini semua silap aku, slelalu fikir negatif pd diriku sendiri,,

Hanya Sekadar Luahan Hati Sahaja

aku bukanlah seorang manusia yang mempunyai carektor yang bagus,,

setiap manusia ada keburukanya,,

dalam kehidupan yang sering mengusarkan ini aku tidak mahu salah langkah,,

aku ingin mencari apa itu erti, kemenangan, ketulusan, keiklasan, dan kejujuran,,
dikala kesunyian aku sering terbayang apa yang akan berlaku kepada diriku,,
jika aku tidak jumpa apa erti yang aku cari,, selama ini,,
mungkin aku akan rasa menyesal,, 
lama mana lagi harus aku menungu,
aku perlu terus kehadapan,,
aku tidak boleh pandang kebelakang lagi,
yang sudah bahagia biarkan bahagia,,
yang sudah gembira biarkan gembira,,
jangan biarkan aku jadi tembok pemisah mereka,,
mungkin mudah jika dengan kata-kata sahaja,,
aku sentiasa berdoa kepada Allah , 
Agar aku tidak menjadi insan yg mudah berputus asa,,
harapan aku  supaya,, kekuatan menghadapi hari-hari begini,, yang sepi,,
tiada penyeri...